"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita
kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa
beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh
buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan
oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah
SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun
limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali
dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan
terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah
SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan
"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada
di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
No comments:
Post a Comment