KISAH TELADAN: Si PENCURI & JANDA
Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata,
“Barangsiapa
yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal”
Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai, pemuda itu
turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya.
Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya. Malam pun menjelang. Suasana
yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang
dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan
yang enak dan pasti mengundang selera.
Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat
kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan. Tatkala
beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai perhiasan dan wang yang banyak.
Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata
Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.
Didapatinya janda mu’minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila
ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud
untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata
Rasulullah S.A.W tadi.
“Barangsiapa
yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika
ia sudah halal”
Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia
pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.
Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di masjid.
Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah
solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa
yang baru dialaminya malam tadi dan menghitung betapa besar dosanya andai
perbuatan itu dilakukan.
Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada
Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang
hilang namun beliau khuatir kalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam
dan akan datang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah
S.A.W ag r sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya.
“Kenapa kau hidup sendirian?” tanya Rasulullah S.A.W padanya.
Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia. Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada
seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W
bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau
sudah beristeri?
Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya
seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang
mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian
mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu,
lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan
bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.
Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang
kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam
tadi hampir dicerobohinya.
Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang
dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi.
Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya. Wang, emas dan perhiasan yang
hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh
menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini
benar-benar sudah menjadi isterinya. Berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, Benarlah sabda Rasulullah S.A.W
“barangsiapa
meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi
halal”
Demikian indahnya islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang
menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang
menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang
lebih dalam lagi.
Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada
cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani
dan memberi
label halal di atasnya?
label halal di atasnya?
Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syhwat yang akan
menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment