Tuesday, May 28, 2013

Bukit Broga

Bukit Broga. Mesti korg semua tau kan. Gile ko xtau (hehe). So last weekend ktorg pergi la panjat bukit tu dlm gelap2 pagi. Dalam pukul 5 pagi bertolak dari rumah then stop kat petronas untuk solat subuh (ala dkt je gan bukit tu). And then sampai kat ladang kelapa sawit auntie ni kene byr RM2 untuk parking.

Dalam gelap2 tu ktorg pun meredah la bukit tu. Hanya ikut je la org depan tanpa ada lampu (fuhh gile adventure). Alhamdullilah sampai la gak kat 1st check point. Tp masa nak smpi situ pun mak aii gile jauh. mendaki hampir 90 darjah ko tau. rasa nak muntah bagai dah. Tp bile da sampai, legenye, rasa puas sgt2, berbaloi-baloi (kamdar mmg berbaloi).

Subahanallah :)

Allahuakbar :)

Bukit Broga ni kalau tak silap ada 4 check point. So sape2 yg betul2 hardcore mmg sampai la 4 4 tmpt ni. Tempat ni memang bagus bagi aktiviti riadah family sbb satu sihat and kedua free wei. Lgpun tempat ni leh wat kita lebih bersyukur dgn nikmat yang Allah bagi, sungguh, cantik sgt. And kita boleh hilangkan stress keje (huhu).




And sekarang ni, every month aktiviti mendaki Broga akan jadi satu kemestian. Dapat sihat, and melihat ciptaan Allah swt. And ini ada doa melihat keindahan alam:



رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka". Amin


No comments:

Post a Comment