Motivasi: Berubah
Ramai yang ingin
berubah dan mengajak orang lain untuk berubah. Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari
sebelumnya. Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah. Dulu buka
aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.
Bila hati kita
terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah. Hati kita masih peka dan lembut
untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan. Namun yang
selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara
beransur – beransur?
Ada yang berpendapat
perubahan perlu dilakukan
secara beransur – ansur agar tidak berlaku kejutan. Bayangkan jika dulu kita selalu melepak dengan kawan –
kawan kita sekarang ini kita tidak mahu lagi berkawan dengan mereka atas alasan
tidak mahu membuang masa. Tentu perasaan mereka akan terguris bukan?
Ada juga yang
menempelak bahawa jika ingin berubah itu harus secara menyeluruh, total, dan
semaksimum mungkin, kerana maut itu bila – bila sahaja. Bimbang ajal menjemput
sebelum sempat bertaubat.
Kedua – dua
pendapat tersebut boleh diterima.
Melakukan
perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan
atau harapkan. Lebih sukar lagi bagi perkara-perkara besar yang akan
menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan itu akan terasa berat dan
sukar.
Untuk persoalan
ini, sebenarnya kita seharusnya melihat skop atau dari sudut apakah yang
kita ingin lakukan perubahan itu. Sudut ini terbahagi kepada dua, iaitu berubah
dari sudut penampilan dan berubah dari sudut perangai/gaya hidup.
Untuk sudut
penampilan, kita boleh berubah sepenuhnya tanpa perlu step. Sebagai
contoh, jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup aurat,
bila berubah ni kita boleh memakai pakaian yang sepenuhnya menutup aurat.
Tetapi bagi sudut
perangai dan gaya hidup ni, nak tak nak, memang perubahan itu perlu
dididik sedikit demi sedikit, kerana ia sudah berdarah daging dalam diri. Ia diibaratkan
jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga
pada suatu masa kita nak padam balik
contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus. Tetapi kita boleh padam
sedikit demi sedikit, sehingga contengan itu dapat kita padam bersih
semuanya skali.
Keduanya boleh
kita simpulkan seperti kita dan kereta. Nak tukar kereta senang jer, hari ini
kita boleh pakai Proton esok boleh bergaya dengan BMW. Namun untuk mengubah
cara pemanduan itu yang sukar, mustahil dalam masa sehari.
Memang, melakukan
perubahan ini merupakan satu perjuangan. Anda dijemput membaca artikel berkenaan disini
Yang paling
penting samada perubahan kite tu step by step or skaligus, adalah dengan
mohon kekuatan daripada Allah moga perubahan diri kita ni tidak ditarik balik.
Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam
perubahan itu lebih sukar.
“rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…”
No comments:
Post a Comment