Sunday, June 23, 2013

Alkisah Bangau Ohh Bangau

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? 
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? 
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? 
Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? 
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? 
Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? 
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? 
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? 
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? 
Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku...

Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil.

Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".

Tuesday, May 28, 2013

Bukit Broga

Bukit Broga. Mesti korg semua tau kan. Gile ko xtau (hehe). So last weekend ktorg pergi la panjat bukit tu dlm gelap2 pagi. Dalam pukul 5 pagi bertolak dari rumah then stop kat petronas untuk solat subuh (ala dkt je gan bukit tu). And then sampai kat ladang kelapa sawit auntie ni kene byr RM2 untuk parking.

Dalam gelap2 tu ktorg pun meredah la bukit tu. Hanya ikut je la org depan tanpa ada lampu (fuhh gile adventure). Alhamdullilah sampai la gak kat 1st check point. Tp masa nak smpi situ pun mak aii gile jauh. mendaki hampir 90 darjah ko tau. rasa nak muntah bagai dah. Tp bile da sampai, legenye, rasa puas sgt2, berbaloi-baloi (kamdar mmg berbaloi).

Subahanallah :)

Allahuakbar :)

Bukit Broga ni kalau tak silap ada 4 check point. So sape2 yg betul2 hardcore mmg sampai la 4 4 tmpt ni. Tempat ni memang bagus bagi aktiviti riadah family sbb satu sihat and kedua free wei. Lgpun tempat ni leh wat kita lebih bersyukur dgn nikmat yang Allah bagi, sungguh, cantik sgt. And kita boleh hilangkan stress keje (huhu).




And sekarang ni, every month aktiviti mendaki Broga akan jadi satu kemestian. Dapat sihat, and melihat ciptaan Allah swt. And ini ada doa melihat keindahan alam:



رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka". Amin


Friday, May 24, 2013

Bantal Terbaik Dari Ladang

Hai nama kita Chai (ayah kepada Buchai), harini kita nak tunjuk yang bantal adalah yang paling best kat dunia ni. Tido kita pasti lena dan mimpi indah. Bantal ni hanya ada satu je dlm dunia. Tak percaya, jom tengok sama-sama :)
















Hehe..inilah bantal saya yang terbaik dari ladang. Kau hado :P

Thursday, May 23, 2013

Sangkar Kucing Terpakai Untuk Dijual

FOR SALE!!!FOR SALE!!!FOR SALE!!!FOR SALE!!!FOR SALE!!!FOR SALE!!!

Hitam/Black

Putih/White

Sangkar kucing terpakai hitam dan putih (bersaiz sederhana: 24" x 17" x 20"H ) sesuai untuk yang baru berjinak-jinak membela haiwan peliharaan. Conditions 8/10, bersih dan boleh dilipat. Terdapat pemengang diatas untuk memudahkan anda mengangkat sangkar dan trey dibwh sebagai pelapik jadi xkotorla lantai rumah anda nnt. Harga masa dibeli (RM100/sebuah) dan sekarang nak jual sbb sudah beli sangkar baru :) yeayy. Harga boleh runding. Boleh hubungi 0126443129 untuk pertanyaan apa-apa. Area Bukit Jalil, Endah Prade, Jalan Klang Lama, Sri Petaling. Terima Kasih.




Kematian

Bismillahirrahmanirrahim,

Manfaat mengingat KEMATIAN adalah :-

Membuat hati condong pada akhirat hingga berbuah ketaatan

Mendorong kita untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum datangnya.

Memendekkan angan-angan untuk lama tinggal di dunia yang fana ini, kerana panjang angan-angan merupakan sebab paling besar lahirnya kelalaian.

Menjauhkan diri dari cinta dunia, dan qana’ah dengan yang sedikit, serta redha dengan pembahagian rezeki yang ditentukan Allah.

Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia, dengan menyedari bahwa hidup di dunia ini hanya sementara, dan akhiratlah tempat kembali nanti, jadi segala macam kesulitan didunia ini, hanya sementara.

Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.

Sebagai pendorong untuk bertaubat dan melakukan koreksi terhadap kesalahan dan dosa di masa lalu.

Melembutkan hati, dan memberi semangat untuk mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.

cc: https://www.facebook.com/shamkamikaze

Saturday, May 18, 2013

Kucing Malu-Malu Kucing




Tadaa..ini la abu cayang, dia ni kucing jalanan je.Duduk belakang rumah, just bagi makan je tp abu sangat2 manja dan tak pernah keluarkan kuku dia. Dahla manja, comel and pandai amek hati. Dan badan abu ni sangat2 bersih mcm tiap2 minggu mandi, wangi sangat. :)

Thursday, May 16, 2013

JPJ Test

Assalamualaikum,

Sebelum saya menceritakan pengalaman saya untuk JPJ test, biar saya terangkan serba sedikit tentang apa itu JPJ dan apa itu JPJ test?


Apa itu JPJ?
*Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Apa itu JPJ Test?
*Ujian kelayakan untuk mendapatkan lesen P di Malaysia bagi pemengang lesen L (D & B)
*Calon-calon mestilah lulus Ujian Undang-undang Bahagian I dan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut 
  1. Kad Pengenalan/Pasport (asal dan salinan).
  2. Kad Penetapan Ujian Memandu (JPJL3 yang lengkap diisi oleh pemohon)
  3. Lesen Belajar Memandu (asal/salinan) yang masih berkuatkuasa
  4. Borang SM4 yang lengkap
  5. Sijil Insurans (bagi golongan OKU, juka perlu)
  6. Surat Kebenaran menggunakan kenderaan daripada pemilik kenderaan (bagi golongan OKU, jika perlu)




JPJ Test boleh saya katakan antara pengalaman yang menyeronokan dan begitu bermakna bagi saya. Sebab apa dan kenapa, :) seperti kita semua maklum JPJ punya test amatlah mendebarkan bagi sesetengah pelajar (contohnya saya sendiri*) hehe.

Semua alkisah cerita dari mulut ke mulut kawan-kawan, adik-beradik, sahabat handai, saudara mara tidak ketinggalan jiran-jiran setempat; yang menceritakan betapa kejam lagi bengis nya pegawai JPJ ni. But for me, those just rumors maa, because pegawai JPJ yang menguji saya pada masa itu sangat-sangat baik, siap borak-borak lagi :).

Takde pulak pelajar yang diuji balik sambil menangis atau hilang badan ke, hilang tangan ke (kene makan dengan JPJ*) hehe. So for those yang nak ambil JPJ test ni , you just need confident and masa praktis tu focus and remember all steps yang cikgu dah ajar.  Pegawai JPJ tu tak makan orang ok, dia makan nasi lauk ayam goreng je (hehe*). 

Jadi nasihat saya, jangan terlalu gementar (nervous sikit tak apa*) hehe but the important things is focus and control yourself then you can control the car. I wish good luck for those yang akan ambil JPJ test and do your best. :)